BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Lihatlah, Siapa Temanmu…!


Apabila engkau berada di tengah-tengah suatu kaum maka pililhlah orang-orang yang balk sebagai sahabat, dan janganlah engkau bersahabat dengan orang-orang jahat sehingga engkau akan binasa bersamanya

Wanita adalah sebahagian dari kehidupan manusia, sehingga dia tak akan pernah lepas dari pola interaksi dengan sesama manusia. perasaannya yang lebih dominasi yang melekat pada dirinya, membuat dia sangat m'merlukan teman tempat mengadu, tempat bertukar fikiran dan bermusyawarah. Berbagai problem hidup yang dialami menjadikan dia berfikir bahawa meminta pendapat, saranan dan nasihat teman adalah suatu hal yang perlu. Maka teman sangat perlu bagi kehidupannya, siapa yang tidak m'merlukan teman dalam hidup ini..?.

Namun wanita muslimah adalah wanita yang dipupuk dengan keimanan dan dididik dengan pola interaksi Islami. Maka pandangan Islam dalam memilih teman adalah berpada-pada, kerana dirinya sedar, teman yang baik (solehah) memiliki pengaruh besar dalam menjaga keistiqomahan agamanya. Selain itu teman solehah adalah sebenar-benar teman yang akan membawa mashlahat dan manfaat. Maka dalam pergaulannya dia akan memilih teman yang baik dan solehah, yang benar-benar memberikan kecintaan yang tulus, selalu memberi nasihat, tidak curang dan menunjukan kebaikan. Kerana bergaul dengan wanita-wanita solehah dan menjadikannya sebagai teman selalu mendatangkan manfaat dan pahala yang besar, juga akan membuka hati untuk menerima kebenaran. maka kebanyakan teman akan m'jadi teladan bagi temannya yang lain dalam akhlak dan tingkah laku. Seperti ungkapan “Janganlah kau tanyakan perihal seseorang pada orangnya, tapi tanyakan pada temannya. kerana setiap orang mengikuti temannya“.

Bertitik-tolak dari sinilah maka wanita muslimah sentiasa dituntut untuk memilih teman yang tepat ,juga lingkungan pergaulan yang tak akan menambah dirinya melainkan ketakwaan dan keluhuran jiwa. Sesungguhnya Rasulullah juga telah menganjurkan untuk memilih teman yang baik (solehah) dan berhati-hati dari teman yang "jelek".

Hal ini telah disebut oleh Rasulullah melalui ungkapannya:

Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik (solehah) dan teman yang jahat adalah seperti pembawa minyak wangi dan peniup api pandai besi. Pembawa minyak wangi mungkin akan memercikkan minyak wanginya itu atau engkau membeli darinya atau engkau hanya akan mencium aroma harmunya itu. Sedangkan peniup api tukang besi mungkin akan membakar bajumu atau engkau akan mencium darinya bau yang tidak sedap“. (Riwayat Bukhari, kitab Buyuu’, Fathul Bari 4/323 dan Muslim kitab Albir 4/2026)

Dari petunjuk agamanya, wanita muslimah akan mengetahui bahwa teman itu ada dua macam. Pertama, teman yang solehah, dia d'umpamakan sebagai pembawa minyak wangi yang menyebarkan aroma harum dan wewangian. Kedua teman yang" jelek" laksana peniup api pandai besi, orang yang disisinya akan terkena asap, percikan api atau sesak nafas, kerana bau yang busuk.

Maka alangkah bagusnya nasihat Bakr bin Abdullah Abu Zaid, ketika baliau berkata,” Hati-hatilah dari teman yang jahat …!, karena sesungguhnya tabiat itu suka meniru, dan manusia seperti serkumpulan burung yang mereka diberi naluri untuk meniru dengan yang lainnya. Maka hati-hatilah bergaul dengan orang yang seperti itu, karana dia akan celaka, hati- hatilah karana usaha m'hindari lebih mudah daripada mengubati “.

Maka pandai-pandailah dalam memilih teman, carilah orang yang boleh membantumu untuk mencapai apa yang engkau cari . Dan boleh mendekatkan diri pada Rabbmu, boleh memberikan nasihat dan petunjuk untuk mencapai tujuan muliamu.

Maka perhatikanlah dengan detail teman-temanmu itu, karana teman ada pelbagai:

1.ada teman yang boleh memberikan manfaat

2.ada teman yang boleh memberikan kesenangan

3.dan ada yang boleh memberikan keutamaan.

Memang tidak akan pernah lepas dari benak hati wanita muslimah yang benar-benar sedar pada saat memilih teman, bahawa manusia itu seperti barang tambang, ada kualiti yangbagus dan ada yang tidak bagus. Demikian halnya manusia, seperti dijelaskan Rasulullah Shalallahu’alaihi Wassallam :

Manusia itu adalah barang tambang seperti emas dan perak, yang paling baik diantara mereka pada zaman jahiliyyah adalah yang paling baik pada zaman Islam jika mereka faham. Dan ruh-ruh itu seperti pasukan tentera yang dikerahkan, yang saling kenal akan akrab dan yang tidak dikenal akan dijauhi ” (Riwayat Muslim)

Wanita muslimah yang jujur hanya akan sejalan dengan wanita-wanita solehah, bertakwa dan berakhlak mulia, sehingga tidak dengan sembarang orang dia berteman, tetapi dia memilih dan melihat siapa temannya. Walaupun memang, jika kita mencari atau memilih teman yang benar-benar bersih sama sekali dari aib, tentu kita tidak akan mendapatkannya. Namun, seandainya kebaikannya itu lebih banyak daripada sifat buruknya, itu sudah mencukupi.

Maka Syaikh Ahmad bin ‘Abdurrahman bin Qudamah al-Maqdisi atau terkenal dengan nama Ibnu Qudamah AlMaqdisi memberikan nasihatnya juga dalam memilih teman: “Ketahuilah, bahwasannya tidak dibenarkan seseorang mengambil setiap orang jadi sahabatnya, tetapi dia harus mampu memilih kriteria-kriteria orang yang dijadikannya teman, baik dari segi sifat-sifatnya, perangai-perangainya atau lainnya yang boleh m'nimbulkan gairah berteman sesuai pula dengan manfaat yang boleh diperoleh dari persahabatan tersebut itu. Ada manusia yang berteman kerana tradisi dunia, seperti kerana harta, kedudukan atau sekadar senang melihat-lihat dan boleh m'nunjuk saja, tetapi itu bukan tujuan sebenar b'sahabat.

Ada pula orang yang berteman kerana kepentingan adin (agama), dalarn hal inipun ada yang kerana ingin mengambil faedah dari ilmu dan amalnya, kerana kemuliaannya atau kerana mengharap pertolongan dalam berbagai kepentingannya. Tapi, kesimpulan dari semua itu orang yang diharapkan m'jadi teman hendaklah memenuhi lima kriteria berikut; Dia cerdas (berakal), berakhlak baik, tidak fasiq, bukan ahli bid’ah dan tidak kerana dunia semata-mata. Mengapa harus demikian ?, karena kecerdasan adalah sebagai modal utama, tak ada kabaikan jika berteman dengan orang dungu, kerana kadang2 dia ingin menolongmu tapi malah mencelakakanmu. Adapun orang yang berakhlak baik, itu harus. Kerana kadang 2orang yang cerdas pun kalau sedang marah atau dikuasai emosi, dia akan menuruti hawa nafsunya. Maka tak baik pula berteman dengan orang cerdas tetapi tidak berahlak. Sedangkan orang fasiq, dia tidak punya rasa takut kepada Allah. Dan barang siapa tidak takut pada Allah, maka kamu tidak akan aman dari tipu daya dan kedengkiannya, Dia juga tidak dapat dipercaya. Kalau ahli bid’ah jika kita bergaul dengannya dikhawatirkan kita akan terpengaruh dengan k'burukkan kebid’ahannya itu. (Mukhtasor Minhajul Qasidin, Ibnu Qudamah hal 99).

Maka wanita muslimah yang benar-benar sedar dan mendapat pancaran sinar agama, tidak akan merasa terhina akibat bergaul dengan wanita-wanita solehah meskipun secara lahiriyah, p'gaulan sosialnya t'batas.,tetapi Yang menjadi k'utamaan adalah substansi kepribadiannya dan bukan penampilan dan kekayaan atau lainnya. “Pergaulan anda dengan orang mulia menjadikan anda termasuk golongan mereka, kerana itu janganlah engkau mahu bersahabat dengan selain mereka“.

Oleh kerana itu datang petunjuk Al Qur’an yang menyerukan hal itu :

Dan bersabarlah kamu bersama dengan orang-orang yang menyeru Rabbnya dipagi dan disenja hari dengan mengharap keredhaan-Nya. Dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kaerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini. Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas” (Al-Kahfi:28)

0 comments: